Friday, May 22, 2009

Prinsip vs Matlamat Hidup..


Sering kali kita ditanya..apakah prinsip dan matlamat hidup kita. Dan pelbagai jawapan yang diberi.. Ada juga yang prinsip dan matlamatnya berubah-ubah. Sekejap macam tu..sekejap macam ni.. Ada juga yang xde langsung.. Bahkan mungkin ada sesetangah drpd kita x faham apa itu prinsip dan matlamat hidup.. Apa perlunya semua itu...

Aku juga tidak terkecuali.. Bila ditanya apa prinsip hidup aku.. Jawapan yang aku beri sering berubah.. Begitu juga dengan matlamat hidup.. Kadang2 aku sendiri x faham.. Kenapa semua orang ingin tahu semua itu.. Apa pentingnya semua itu... Walaupun aku x faham.. Tapi sedikit pun xde usaha untuk mengambil tahu semua itu.. Ya Allah.. Betapa jahilnya aku...

Baru2 ni aku disedarkan oleh saudaraku tentang semua itu.. Mereka bertanya apakah prinsip dan matlamat aku.. Sejak bila lagi aku berpegang kpd prinsip dan matlamat itu.. Adakah prinsip dan matlamat itu sama dari dulu dan tidak berubah-ubah.. Dan apakah yang aku faham tentang prinsip dan matlamat itu.. Apakah perkaitan antara dua tu... Ya Allah.. Sesungguhnya aku rasa betul2 diuji semasa itu... Dengan persoalan2 itulah kini aku sedar tentang kepentingan prinsip dan matlamat hidup..

Di sini, aku ingin berkongsi dengan kamu semua. Sesungguhnya kita perlu mempunyai prinsip dalam hidup kita. Kerana dengan prinsip itulah kita dapat mencapai matlamat hidup kita. Dan jangan lah kita bermatlamatkan hidup keduniaan semata-mata.. Tetapi bermatlamatlah untuk mencari keredhaan Allah atas setiap perbuatan kita di dunia ini..

Bagi sesiapa yang belum berprinsip dan bermatlamat.. Inilah masanya untuk kamu setup balik diri kamu.. Fikirkanlah prinsip dan matlamat yang sesuai untuk kamu... Berpegang teguhlah kamu kpd kedua-duanya.. InsyaAllah hidupmu akan diberkati...

No comments: